Anda bakal boleh memilih tahap skin senjata anda di VALORANT

Pemain VALORANT pasti tahu yang anda tidak boleh mengundur keputusan anda jika anda menaik taraf skin senjata anda.

Namun, bagi sebilangan pemain, menaik taraf skin sebenarnya merugikan pemain itu.

Kadang-kadang anda menaik taraf skin dan lebih suka perasaan sebelum menaik taraf. Tidak ada cara untuk memberitahu sebelum anda membeli tahap skin baru itu, dan tidak ada cara untuk mengembalikan Radianite selepas transaksi itu. Lagi-lagi yang ada skin Prime Karambit yang lebih cantik jika tidak dinaik taraf.

Namun, ini bakal berubah dan anda boleh memilih tahap skin dengan sesuka hati.

Menurut @ValorLeaks di Twitter, kemas kini Patch 3.08 akan memperkenal ciri ini di mana pemain boleh ‘downgrade’ skin masing-masing ke tahap pillihan.

Walaupun menurunkan tahap skin anda tidak semestinya mengembalikan Radianite anda, sekurang-kurangnya ia akan memberikan skin yang anda mahukan. VALORANT kemas kini Patch 3.08 akan dilancarkan pada 19 Oktober berikutan jadual kemas kini setiap dua minggu oleh Riot Games.

RELATED NEWS

+