Selepas lebih dua dekad, permainan video klasik FPS, Doom 1993 sentiasa menjadi meme untuk diletakkan di pelantar yang bukan untuk Doom.
Perkara ini sudah menjadi hobi untuk modders cuba bermain Doom di mana-mana peranti elektronik.

Foto: Ading2210 | Acrobat PDF
Dari mesin ATM, peti ais, kit mengandung, di Twitter dan pelbagai lagi, Doom direka untuk cubaan bermain di mana-mana.
Anda kini boleh bermain Doom di dalam fail PDF.
Seorang pengguna Github iaitu Ading2210 berjaya mencipta satu laman web dimana anda boleh bermain Doom dalam PDF.
Bagaimana anda boleh bermain Doom di fail PDF?
Menurut Adding2210, fail PDF sebenarnya boleh menggunakan JavaScript yang digunakan oleh banyak browser moden untuk membuka fail PDF.
Disebabkan itu Adding2210 mengambil kesempatan dengan penggunaan karakter ASCII untuk mencipta visual ketika bermain Doom.
Di mana lagi tempat atau barang elektronik yang anda rasa boleh bermain Doom?
Anda boleh bermain Doom di sini. (Hanya browser Chromium sahaja)