Anda menipu? Anda akan disekat bermain kesemua siri COD

Berikutan kerap berlaku isu pemain menipu di dalam Call of Duty Warzone, pihak Activision sebelum ini melancarkan perisian peringkat kernel demi memberikan permainan yang lebih adil dan sihat. 

Baru-baru ini melalui sebuah tulisan blog, pasukan pembangun Call of Duty menyatakan bahawa perisian RICOCHET Anti Cheat akan dilancarkan seiring pelancaran kemaskini Pacific COD Warzone Disember ini sebelum dilancarkan di Vanguard.

Pihak COD juga menyatakan melalui perisian diperingkat kernel, ia memudahkan sistem untuk menjejak pemain yang menipu dengan menjejak PC yang digunakan untuk menipu itu. 

Bahkan mereka juga menyatakan, “Kesalahan yang ekstrim atau berulang akan mengakibatkan kesemua akaun akan disekat daripada mengakses. Tambahan, sebarang cubaan untuk berselindung, menyamar atau mengaburkan identiti atau identiti PC anda akan dikenakan sekatan secara kekal.”

Mereka juga menambah, bahawa sebarang kesalahan akibat pelanggaran sekuriti akan dilaksanakan diperingkat francais. Di mana mereka tidak dapat mengakses kesemua permainan Call of Duty sama ada terkini iaitu Vanguard dan sebelumnya. 

Sumber: Kotaku.

RELATED NEWS

+