AndaSeat keluarkan kerusi gaming bertemakan adiwira Marvel

Pengeluar kerusi gaming antarabangsa AndaSeat telah mengumumkan kolaborasi bersama syarikat komik Marvel untuk mengeluarkan barisan kerusi gaming baharu AndaSeat 2020 Marvel Edition.

Terdapat empat model kerusi gaming berbeza berdasarkan empat adiwira Marvel terkenal iaitu Iron-Man, Spider-Man, Captain America, dan Ant-Man. AndaSeat merancang untuk memperkenalkan model-model berdasarkan adiwira lain seperti Black Panther, The Hulk, dan Black Widow.

Kerusi-kerusi ini menggunakan bahan kulit PVC yang tahan calar dan kesan kotor. Terdapat juga kusyen kepala dan tulang belakang. Tempat letak tangan hadir bersama penyelarasan 4D. Pembeli juga akan menerima hadiah percuma tikar lantai bulat yang mempunyai corak yang sama dengan kerusi yang dipilih.

Malangnya, laman web AndaSeat (Amerika Syarikat) menunjukkan semua model telah habis dijual.

Pada waktu ini, laman web AndaSeat Malaysia masih belum disiapkan dan laman Facebook AndaSeat Malaysia tidak berkongsi apa-apa maklumat mengenai AndaSeat 2020 Marvel Edition. Pada padangan penulis, ini menunjukkan kerusi-kerusi ini tidak dilancarkan atau masih belum dilancarkan untuk pasaran Malaysia.

Penulis berharap AndaSeat Malaysia akan melancarkan produk-produk ini di Malaysia kerana terdapat ramai peminat Marvel yang semestinya mahu membeli kerusi-kerusi ini.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+