“Anggaran kos termasuk hotel bernilai RM500 ribu untuk Kontinjen Negara,” – Kelvin Pang

Dato’ Ananth S. Nathan selaku Presiden Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia memberikan ucapan ketika acara ‘flag-off’ Kontinjen Negara ke Sukan SEA Hanoi 2021 di KLIA 2, semalam.

@mygameondotmy Akan ada insentif dan ganjaran buat kontinjen e-sukan negara yang membawa balik pingat! #MalaysiaBoleh, #MalaysiaRoar #SEAGames31 #fyp #kakigaming ♬ Horror atmosphere piano & SE. – Kohrogi

Ketika ditanya tentang insentif kepada Kontinjen Negara di dalam mewakili Malaysia untuk mendapatkan pingat. Dia berkata Persekutuan E-sukan Malaysia akan memberikan insentif dan penghargaan.

“Akan ada insentif dan juga penghargaan kepada mereka semua yang berjaya membawa pingat untuk Malaysia.

“Ini bagi menggalakkan mereka untuk kembali ke dalam e-sukan bagi mewakili Malaysia. Mereka sepatutnya tahu bahawa Persekutuan E-Sukan Malaysia memberikan ganjaran dan menjaga atlet mereka,” ujarnya.

@mygameondotmy Anggaran kos menghantar kontinjen negara ke Sukan SEA di Hanoi, Vietnam dalam RM500,000! #MalaysiaBoleh #MalaysiaRoar #SEAGames31 #fyp #kakigaming ♬ original sound – Zaniya&lt3

Kelvin Pang selaku Pengurus Pasukan E-Sukan Negara menyatakan kos perbelanjaan yang tinggi untuk Kontinjen Negara dan mereka akan membawa pulang pingat bagi menebus kembali kos itu.

“Jika kita melihat dari fasiliti dan pengurusan hotel, ia dianggarkan berjumlah RM400 ribu sehingga RM500 ribu.

“Jadi kami sangat berharap dapat meraih pingat supaya jumlah berkenaan boleh didapatkan kembali,” akhirinya.

Malah, kos RM500 ribu itu memadai dengan 47 atlet, tujuh jurulatih dan dua pegawai yang menyertai kontinjen negara.

Ikuti temubual penuh kedua-dua tokoh ini di laman Tiktok rasmi kami.

RELATED NEWS

+