Animal Crossing: New Horizons Nintendo Direct tiba minggu depan

Nintendo mengumumkan siaran langsung Animal Crossing: New Horizons Direct akan ke udara pada hari Jumaat 15 Oktober ini pada jam 10 malam waktu Malaysia.

Siaran itu akan berlangsung kira-kira 20 minit yang akan memfokuskan kemaskini untuk bulan November. Melalui kemaskini juga dijangkakan akan memperkenalkan kegemaran para peminat, Brewsters dan penambahan kedai kopi di muzium permainan. 

Hari lahir Brewster ialah pada 15 Oktober.

Brewster, pengurus kafe The Roost mula diperkenalkan ketika Animal Crossing Wild World dan menjadi kegemaran para ahli komuniti permainan, sejak dari itu.

Semasa Animal Crossing: New Leaf menghasilkan bangunan The Roost, ia biasanya ditemui bersambung bersama muzium Blasthers.  

Artikel ini diterjemah dan disunting daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI. 

RELATED NEWS

+