Anime Persona 5 Akan Hadir Pada Tahun Depan, Barisan Pelakon Didedahkan

Persona 5 sudah lama dirancang untuk dijadikan animasi. Selepas memenangi Best RPG di acara The Game Awards baru-baru ini, unit pasukan bagi Persona 5: The Animation sudah bersedia untuk pengumuman paling besar hujung tahun ini.

Jika korang menjenguk laman web anime itu, page depannya sudah di update dengan trailer terbaru. Klip itu, yang boleh disaksikan oleh peminat di Amerika Syarikat, menunjukkan setiap karakter daripada siri itu sementara mendedahkan detail terbaru mengenai Persona 5 program.

Mengikut teaser itu, maklumat terbaru mengenai Persona 5: The Animation akan disiarkan secara langsung pada jam 8 P.M. JST, 24 Disember. Anime itu juga hadir dengan program istimewa di Abema TV dan dihoskan oleh tetamu jemputan iaitu Jun Fukuyama, Aoi Yuuki dan Souichirou Hoshi.

Berita mengenai anime Persona 5 sudah lama tertiris. A-1 Pictures mengesahkan mereka sedang menyiapkan anime baru untuk francais permainan video itu bermula Ogos lalu. Pembangun Persona 5, Atlus turut mengesahkan permainan video itu akan mendapat siri anime pada 2018 dengan tagline, “The world will be stolen by them.”

Ini dia watak yang didedahkan untuk Persona 5: The Animation seperti di bawah:

Jun Fukuyama sebagai Protagonist
Mamoru Miyano sebagai Ryuji Sakamoto
Ikue Otani sebagai Morgana
Nana Mizuki sebagai Anne Takamaki
Tomokazu Sugita sebagai Yusuke Kitagawa
Rina Satou sebagai Makoto Niijima
Aoi Yūki sebagai Futaba Sakura
Haruka Tomatsu sebagai Haru Okumura
Sōichiro Hoshi sebagai Goro Akechi

TAGS

RELATED NEWS

+