Anti-cheat akan diperkenalkan dalam Fall Guys dalam kemaskini bulan ini

Penipuan telah menjadi satu masalah besar dalam Fall Guys dan Mediatonic akan cuba menyelesaikan masalah tersebut dengan memperkenal sebuah sistem anti-cheat dalam permainan tersebut.

Perkara ini dinyatakan melalui akaun rasmi Twitter Fall Guys. Menurut pihak pembangun, terdapat sebuah kemaskini besar yang akan dilancarkan dalam masa beberapa minggu untuk memperkenalkan sistem anti-cheat yang sama dengan sistem dalam Fortnite.

Kenyataan ini menunjukkan bahawa mereka akan menggunakan Easy Anti-Cheat. Sistem yang sama juga digunakan dalam beberapa permainan lain seperti Apex Legends, Paladins, dan Dead by Daylight.

Penulis sendiri sudah beberapa kali tewas dengan penipu dalam Fall Guys. Itu merupakan salah satu sebab mengapa penulis kini kurang bermain permainan yang menyeronokkan itu.

Harap masalah ini akan diselesaikan dengan pengenalan Easy Anti-Cheat.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+