Antimage dan LJ tidak lagi bersama EVOS Legends

Kedua-dua pemain veteran di dalam arena e-sukan kompetitif Mobile Legends Indonesia iaitu LJ dan Antimage kini tidak lagi bersama dengan pasukan EVOS Legends.

Pengumuman itu dibuat dalam satu perkongsian video oleh EVOS Legends di saluran Youtube mereka.

Antimage dan LJ masing-masing mempunyai kemahiran mekanikal dan makro yang tinggi. Ini adalah satu berita yang mengejutkan untuk komuniti MLBB di Indonesia.

Nampaknya, EVOS Legends benar-benar ingin melakukan perubahan memandangkan pencapaian mereka terbesar iaitu menjadi juara Kejohanan Dunia M1 sudah tidak dapat diulangi lagi selepas beberapa tahun.

Kemanakah hala tuju kedua-dua pemain ini untuk MPL ID musim ke-10 nanti? Atau mereka bakal memilih untuk rehat di musim ini? Kita bakal saksikan.

Foto: EVOS Esports

RELATED NEWS

+