Anugerah MPL MY Musim ke-11 dibuka untuk undian

Selepas tamatnya musim liga MPL MY Musim ke-11, kini Anugerah MPL MY sudah dibuka.

Pada musim lalu hanya ada lima anugerah iaitu Regular Season MVP, Best Rookie, Best Talent, Legend Award dan Dream Team.

Tahun ini mereka akan menambah dua lagi anugerah iaitu Gameplay of the Season dan Fanclub of The Season.

Anda hanya boleh mengundi sekali sahaja untuk Dream Team dan Fanclub of the Season.

Manakala untuk Gameplay of the Season, anda boleh mengundi sebanyak tiga kali dan empat kali untuk Talent of the Season.

Tempoh mengundi akan bermula daripada 20 April sehingga 29 April.

Peminat boleh mengundi untuk anugerah ini di laman sesawang MPL MY.

RELATED NEWS

+