AOV berkolaborasi bersama siri anime popular Demon Slayer!

Sebagai permainan MOBA yang cukup popular di Asia Tenggara, Arena Of Valor sudah bekerjasama dengan banyak anime popular seperti Sword Art Online, One Punch Man, dan Bleach.

Kini, AOV secara rasmi mengumumkan kerjasama baharunya dengan anime Demon Slayer atau Kimetsu no Yaiba.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Garena AOV Indonesia (@garenaaovid)

Menerusi Instagram rasmi Garena AOV Indonesia, ia mengumumkan kerjasama bersama adik-beradik, Tanjiro x Nezuko, yang berasal dari siri anime Demon Slayer.

Skin Demon Slayer ini diilhamkan oleh karakter utamanya, Tanjiro dan Nezuko Kamado. Keera akan mendapat skin untuk Nezuko manakala wira terbaru AOV, Yan, akan mendapat skin Tanjiro.

Kerjasama ini akan bermula pada 1 Mei ini yang juga akan melancarkan sambutan pesta 5V5 FEST.

Foto: Ufotabl

RELATED NEWS

+