Apa itu Dark System dan Bagaimana cara mengatasinya? – Mobile Legends Bang Bang

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Ramai pemain MLBB menyebut mengenai dark system tetapi apakah sebenarnya dark system yang selalu dikaitkan dengan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB)?

Dalam permainan video lain boleh dikatakan dark system ini lebih kurang sama dengan terma Elo Hell di mana pemain itu akan terus berada di rank yang sama dan tidak boleh naik ke rank seterusnya.

Istilah ini menjadi popular dikalangan pemain dan selalu digunakan terutamanya apabila pemain berada dalam permainan yang tidak menguntungkan malah dalam kekalahan.

Sebagai contoh, seorang pemain itu akan berjumpa dengan pemain musuh yang mempunyai rank yang jauh berbeza dan sudah semestinya pemain yang lebih baik sekaligus kalah begitu sahaja.

Apa itu Dark System MLBB?

Dark System adalah sistem yang dikatakan wujud dalam MLBB dimana tujuan sebenarnya untuk menjadikan perlawanan lebih adil bagi semua pemain.

Bagi Moonton, mereka mahu semua pemain merasakan permainan mereka adalah mencabar, kompetitif dan menyeronokkan.

Kekalahan secara berturut-turut juga dikatakan sebahagian daripada ketidakadilan sistem ini di mana anda akan kalah berterusan tanpa satu kemenangan pun.

Sudah semestinya pemain akan merasa marah dan cuba bertekad untuk sekurang-kurangnya menang satu perlawanan sahaja.

Terma yang lebih tepat buat Dark System

Terma yang lebih tepat sebenarnya adalah ‘engagement-based matchmaking’ yang digunakan oleh Electronic Arts untuk meningkatkan penglibatan pemain dengan membuatkan mereka menang dan kalah dalam satu kitaran dalam corak tertentu.

Corak kalah dan menang ini direka untuk membuatkan pemain bermain satu permainan itu untuk membuatkan mereka terdedah dengan transaksi mikro dalam satu permainan.

Dalam konteks ini pemain mengatakan Moonton akan membuat lebih banyak keuntungan kerana ramai terdedah dengan perasaan untuk membuat transaksi mikro.

Nasib baik atau malang

Anda mungkin juga bernasib malang dalam menjumpai pemain-pemain yang pelik tetapi begitulah permainan video tidak semua orang sentiasa mempunyai prestasi yang baik dan adakalanya sangat toksik.

Dark System dan Elo Hell

Seperti yang diberitahu sebelum ini, Elo Hell boleh dikatakan sama dengan Dark System iaitu pemain mendapati diri mereka tidak dapat naik lagi rank mereka dan hanya tersekat di satu rank sahaja, kalah untuk jangka masa yang lama.

Pemain juga merasakan tidak kira sebaik mana mereka main, mereka tidak dapat menaiki rank.

Pemain juga akan selalu marah dan menyalahkan sistem matchmaking, menuduh pemain lain, masalah permainan itu sendiri.

Walhal beberapa perkara ini boleh ditingkatkan lagi dari hanya menyalahkan orang lain.

Bagaimana cara mengatasi Dark System:

Sebenarnya ada beberapa cara untuk seorang pemain itu mengatasi Dark System ini:

  1. Tidak bermain secara solo
    Sudah semestinya dari hanya bermain solo anda boleh bermain bersama-sama rakan anda untuk membantu. Mempunyai rakan untuk bekerjasama dengan lebih baik sangat membantu. Kali ini tidak boleh lagi menyalahkan pasukan sendiri.
  2. Perbaiki diri sendiri
    Ramai pemain sebenarnya tidak sedar kerana disitulah tahap anda sebenarnya. Mereka tidak mengakui perkara ini dan sebaliknya menyalahkan orang lain, masalah hero terlalu kuat dan pelbagai lagi.
    Mungkin inilah masa untuk menyedari kekurangan diri sendiri dan membuat lebih banyak latihan, melihat video guides dan membaca lebih banyak mengenai hero kesukaan anda.
    Adalah lebih baik jika anda sentiasa mengambil tahu mengenai meta semasa.
  3. Jangan bermain rank
    Tampak mudah tetapi ramai pemain merasakan rank adalah segalanya.
    Berehat dari rank seketika dan hanya bermain untuk keseronokan mungkin akan membantu anda memulihkan mental secara tidak langsung bermain dengan lebih baik di rank kelak.
  4. Tukar pemikiran sebagai pemain
    Antara perkara yang paling susah untuk dibuat. Apa yang selalunya membezakan pemain rank tinggi dan rendah adalah pemikiran cara membuat keputusan.
    Dari sebaliknya hanya berfikiran negatif dan menuding jari, mengurangkan toksik juga membantu anda membuat keputusan lebih rasional ketika bermain.
  5. Berhenti dari bermain
    Jika semua ini tidak berkesan, berhentila sementara dari bermain MLBB dan bermain permainan video lain. Adakalanya berehat untuk bermain permainan lain lebih baik kerana anda telah lama dan penat untuk bermain MLBB.

Kesimpulan

Satu temuduga bersama dengan Pereka Battle dari Moonton Q, jika anda terjumpa dengan orang yang lebih tinggi rank ini adalah untuk mengurangkan masa menunggu.

Tetapi masa menunggu ini tidak akan menjadi masalah dan anda tidak akan berjumpa dengan orang yang mempunyai rank lebih tinggi di server yang mempunyai ramain pemain.

Walaupun masih tidak ada bukti mengatakan MLBB mempunyai dark system, hal ini masih menjadi tanda tanya sistem ranking dan queue bagaimanakah yang digunakan oleh Moonton untuk MLBB.

Syarikat permainan video selalunya tidak akan memberitahu pemain sistem dan algoritma apa yang digunakan terutamanya untuk anda queue satu permainan.

RELATED NEWS

+