Apa streamer Malaysia perlu tahu mengenai harga langganan tempatan Twitch

Twitch membuat perubahan besar dalam model bisnes mereka apabila pada awal tahun ini mengumumkan perubahan pada harga langganan di platform mereka. Perubahan ini adalah untuk memudahkan dan menyokong streamer di seluruh dunia.

Negara-negara Asia Tenggara seperti Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Thailand, Myanmar, Filipina, Singapura, Timor-Leste dan Vietnam, antara negara yang terkesan dengan perubahan ini.

Perubahan harga ini adalah diubah mengikut kos sara hidup di negara-negara berkenaan di mana perubahan matawang negara akan menjadi unik dan tidak sama dengan harga matawang Twitch sekarang.

Selepas diumumkan bagi Mexico dan Turki, mereka baru-baru ini umumkan harga tempatan bagi negara-negara lain.

Bagi Thailand, langganan Tier 1 dikurangkan sebanyak 57 peratus iaitu daripada 160 baht kepada 69 baht. Manakala Singapura dipotong daripada SG$7 kepada SG$4.49 iaitu sebanyak 36 peratus.

Harga langganan di Filipina diturunkan kepada 100 peso, dan Malaysia diturunkan daripada RM20.99 ke RM7.99. Senarai harga langganan boleh lihat di SINI.

Buat masa ini pihak Twitch menyatakan tiada perubahan pada kaedah pembayaran, tetapi hanya perubahan pada harga langganan sedia ada, langganan baru dan langganan hadiah. 

Mereka juga akan memfokuskan pada kemaskini ini dahulu dan pembikin kandungan layak membuat perubahan pendapatan apabila 20 peratus atau lebih pendapatan langganan mereka datang daripada penonton daripada negara yang terkesan. 

RELATED NEWS

+