Johnny Somali kini terpalit dengan kontroversi baharu dengan video-video yang dimuatnaik olehnya ketika berada di Seoul, Korea Selatan.
Dia kini berada di bawah penyiasatan polis Korea Selatan dan bakal dipenjarakan lebih 10 tahun jika disabit kesalahan.
Siapa Johnny Somali?
Johnny Somali atau nama sebenar Ramsey Khalid Ismael adalah seorang personaliti internet yang selalu melakukan aksi-aksi tidak senonoh ketika sedang stream di luar negara.
Dia dilahirkan di Israel tetapi membesar di Arizona.
Sebelum ini dia juga diharamkan dari Twitch dan juga Kick.
Apa yang dia lakukan?
Ketika berada di Korea Selatan, Johnny ditangkap mencium sebuah tugu peringatan untuk mangsa-mangsa hamba abdi seks ketika perang dahulu.
Dia kemudian memuat naik video itu ke YouTube dan terus mendapat kecaman ramai dari warga Korea Selatan dan satu dunia.
Johnny kini tidak dibenarkan keluar daripada Korea Selatan untuk proses penyiasatan.
Warga Korea tidak memaafkannya sebaliknya mereka mencari Johnny sehingga dijumpai dan menyerangnya.
Bukan itu sahaja dia juga mencetuskan beberapa masalah seperti mengganggu peniaga kedai runcit, mengganggu wanita di Korea dan lain-lain lagi.
Johnny kini memohon maaf tetapi ramai mengatakan permohonan maaf ini tidak ikhlas kerana dia pernah memohon maaf kepada warga Jepun dengan ayat yang sama selepas membuat onar di sana.
Pada 31 Oktober lepas, pihak penguatkuasa Korea membuat satu penyiasatan mengenai kes serangan dan dia juga merekodkan satu video deepfake seorang streamer Korea yang sedang bercium dengannya.
Kesemua kes ini bakal membuat Johnny Somali terperuk di penjara Korea Selatan selama 10 tahun jika disabit kesalahan.
Follow kami di WhatsApp, Instagram, Facebook dan TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!