Apakah platform seterusnya untuk Ninja stream?

Sejak membuat kemunculan di Twitch dan Youtube, peminat nampaknya ingin tahu ke mana Ninja akan pergi seterusnya.

Pada bulan ini saja, berita baik untuk dunia streaming apabila Shroud kini kembali untuk stream yang seterusnya mengejutkan kesemua orang. Selepas Mixer ditutup, dia senyap seketika namun kehadirannya kembali ke Twitch membuatkan peminatnya senang hati sekali lagi.

DrDisrespect pula kembali ke dunia penstriman langsung di Youtube. Disebabkan statusnya yang kena ban di Twitch, peminatnya sudah lama menantikan stream beliau.

Bukanlah satu kejutan apabila kedua streamer ini menarik begitu ramai tontonan sejak kemunculan kembali mereka.

Tapi di sebalik kedatangan Shroud dan DrDisrespect, adakah karier Ninja akan tergadai dan tidak dapat menandatangani kontrak lumayan di kedua-dua platform? 

Nyata, Ninja bereksperimentasi dengan stream beliau di Twitch dan Youtube. Tapi, meskipun Ninja masih lagi ‘nama besar’ dalam industri, kedudukannya tidak begitu selesa kerana menurut video di bawah, Esports Talk memberikan beberapa sebab:

  • Twitch telah menggunakan Ninja sebagai ‘wajah’ untuk menaikkan platform mereka beberapa lama dahulu. Kini Twitch adalah platform stream nombor satu.
  • Twitch tak mungkin akan membayar Ninja kontrak jutaan Ringgit kerana Shroud sudah berada di platform tersebut.
  • Youtube pula tak perlu berkolaborasi dengan Ninja kerana ia adalah platform paling stabil setakat ini.
  • Facebook Gaming mungkin satu-satunya platform untuk Ninja kerana ia masih membangun.

Oleh itu, jika Ninja memilih untuk menilai kontrak-kontrak antara platform ini, Facebook Gaming adalah platform terbaik kerana ia adalah ‘win-win situation‘ untuk kedua pihak. 

Foto: Redbull

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

Sumber rujukan: EssentiallyEsports

RELATED NEWS

+