Apex Legends: Battle Pass Musim Kedua Memperkenalkan Karakter Baru, Wattson & Ranked Mode

EA dan Respawn Entertainment mendedahkan kandungan apa yang bakal tiba untuk game battle royale percuma, Apex Legends.

Semasa di EA Play 2019, Apex Legends bakal menerima Apex Champion atau karakter ke-10 bernama Wattson, senjata baru iaitu L-Star dan kemunculan Ranked Mode.

Wattson adalah karakter terbaru di samping Octane iaitu karakter ke-9 yang baru sahaja dilancarkan pada Season 1 lepas. Wattson adalah karakter sokongan (support) yang merupakan seorang jurutera mempunyai kebolehan untuk memasang perangkap dan bina struktur pertahanan.

Wattson boleh memacak 12 tiang pagar elektrik mengikut citarasa pemain. Musuh-musuh yang merentasi pagar itu terus diberitahu secara automatik kepada seluruh pasukan. Untuk kebolehan Ultimate, dia berkebolehan untuk pilon yang mana melindungi ahli pasukan daripada serangan  udara dan boleh mengecas perisai (shield) ahli pasukan.

Senjata baru bakal muncul dalam Apex Legends adalah L-Star yang pernah muncul dalam Titanfall 2. Korang hanya boleh mendapatkan L-Star melalui pakej yang dipanggil oleh Lifeline dalam arena, jadi ia agak unik dan jarang ditemui. Respawn turut akan menaiktarafkan beberapa senjata seperti pistol shotgun, Mozambique.

Musim kedua ini akan lebih cepat untuk habiskan bermain. Korang boleh dapat barangan seperti skin sebaik sahaja korang selesaikan challenges tersedia.

Selain itu, Apex Legends juga bakal ada Ranked Mode yang mempunyai enam tingkat berbeza dan akan menunjukkan peta baru pada masa akan datang.

Wattson dan Battle Pass musim kedua bakal tiba pada 2 Julai 2019 di Apex Legends yang mana korang boleh main secara percuma di PC, PS4 dan Xbox One.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+