Apex Legends: Battle Pass Musim Pertama Rasmi Menampilkan Karakter Baru, Octane

Battle Pass Apex Legends bakal menyinggah game battle royale popular ini pada esok hari iaitu menandakan permulaan musim pertama Apex Legends.

Battle Pass ini mempunyai pelbagai jenis barangan kosmetik termasuk skin karakter, senjata, banner dan banyak lagi yang boleh dibeli sebanyak 950 Apex Coins pada Rabu, 20 Mac pukul 1 pagi.

Selain itu, karakter Legend baru bernama Octane bakal dilancarkan bersama-sama Battle Pass. Octane atau nama sebenar, Octavio “Octane” Silva pecut masuk sebagai calon-calon Apex Champion.

Octane menuju ke Launch Pad

Menurut blog PlayStation, Octane dikuasakan dengan dua kaki besi yang boleh lari lebih laju menggunakan kebolehan ‘Adrenaline Junkie’ tetapi ia mengorbankan sedikit nyawa. Namun, kebolehan pasifnya membolehkan dia menjana semula nyawa ketika dia tidak berada dalam kombat. Ultimate Ability Octane adalah membaling Launch Pad yang boleh mendorong seluruh skuad terbang tinggi ke udara.

Sama seperti Caustic dan Mirage, Octane tidak didatangkan bersama Battle Pass (cuma dilancarkan pada hari sama dengan Battle Pass) malahan pemain boleh dapat karakter ini melalui Legend Token atau 750 Apex Coins.

Bermula pada hari esok, pemain yang tidak membeli Battle Pass juga mendapat barangan percuma seperti 1 skin Wild Frontier Legend, 5 Apex Packs, 18 stat tracker.

Tiga skin baru Lifeline, Wraith dan Mirage

Jika korang beli Battle Pass, korang akan dapat barangan baru seperti ketiga-tiga skin Wild Frontier untuk legend: Lifeline, Wraith dan Mirage serta banyak lagi sekiranya korang terus naikkan level sepanjang musim ini. Semakin tinggi level Battle Pass korang, semakin tinggi peluang untuk dapatkan hadiah unik pada setiap musim. Khas untuk musim pertama, korang bakal menerima skin unik untuk senjata Havoc.

Bagi mereka yang tak sabar-sabar, korang boleh beli Battle Pass Bundle bernilai 2,800 Apex Coins yang terus menaikkan level pemain ke level 25 secara automatik dan terus mendapatkan semua barangan Battle Pass yang ditetapkan sehingga ke level 25.

Battle Pass Season 1: Wild Frontier untuk Apex Legends bakal tiba pada 20 Mac di PC, PS4 dan Xbox One.

Sumber: Polygon

 

RELATED NEWS

+