Apex Legends: Emergence – perincian kebolehan Seer, Arena Ranked dan perubahan senjata

Apex Legends Season 10 Emergence akan dilancarkan pada 3 Ogos ini membawa beberapa perubahan pada Apex Games. Terdapat beberapa teaser di dalam permainan memaparkan Legend terbaru iaitu Seer dan perubahan terbaru pada peta World’s Edge.

Meskipun patch notes untuk musim masih belum dikeluarkan, kita akan memperlihatkan beberapa perubahan yang dilakukan pada kemaskini akan datang. 

Kit Legend baru – Seer

Legend baru didedahkan di dalam trailer 19 Julai, sebagai peserta baru yang akan memasuki Apex Games. Di dalam trailer Emergence, diperlihatkan sedikit kit Legend Seer. Antaranya:

Pasif (Heartseeker): Membenarkan Seer visualisasi lokasi musuh dan mendengar degup jantung jika berdekatan, tanpa mendedah lokasi Seer. 

Taktikal (Focus of Attention): Melepaskan dron mini yang akan mengimbas dan jatuh pada musuh, serta mengganggu tindak-tanduk musuh ketika itu. 

Ultimate (Exhibition): Melancarkan sfera mikro-dron yang akan mengesan musuh yang melepaskan tembakan atau bergerak pantas di dalam sfera itu. 

Perubahan tambahan Legends

Terdapat beberapa perubahan pada musim akan datang, termasuk ultimate Revenant. Apabila masa ultimate hampir tamat di dalam bentuk bayang, akan ada bunyi amaran untuk pemain dan sekelilingnya, bahawa pemain akan kembali ke bentuk asal.

Kit Horizon diubah selepas di-nerf pada dua musim lepas. Durasi Knuckle Cluster milik Fuse ini digandakan dan ultimate kini menunjukkan musuh yang terperangkap di dalam bulatan apinya. 

Terakhir, kerosakan daripada gas Caustic diubah lagi, di mana kerosakan daripada gas Daustic tidak lagi berhenti di kadar kerosakan 5. Tetapi, ia dipertingkatkan setiap saat bermula pada kadar 5 ke 6 dan seterusnya. 

Perubahan senjata

Senjata baru ditambah iaitu Rampage LMG. Rampage ialah LMG peluru berat dengan kadar tembakan perlahan untuk perlawanan jarak sederhana dan jauh. Pemain boleh caj semula dengan bom termit dengan sedikit masa caj sebelum kadar tembakan meningkat.

Spitfire dikembalikan kepada keadaan asal iaitu sebelum Season Legacy dan dilepaskan daripada loot pool serta dimasukkan di dalam senjata Care Package.

Prowler pula dimasukkan di dalam loot pool dan hanya boleh digunakan pada keadaan tembakan burst tanpa mod tembakan auto. Altenator juga dimasukkan di dalam Care Package dengan Disruptor.

Anvil Reciever dan Quickdraw Hop Ups dibuang daripada loot pool dan pistol akan mendapat manfaat Quickdraw. Terdapat Hop Ups baru digelar Booster Loader yang boleh digunakan pada Hemlock dan Wingman.

Terdapat juga penambahan indikasi visual apabila pemain perlu reload untuk mengekalkan momentum untuk menggunakan Hop Up. 

Arena Ranked

Arena juga terkesan dengan perubahan senjata, jadi pemain boleh membeli Prowler untuk digunakan di dalam perlawanan atau ambil Spitfire daripada Care Package. Arena juga akan laksanakan mod Ranked yang berasingan, di mana pemain boleh menentang pemain yang setaraf.

Sistem Ranked ini akan diasingkan sepenuhnya daripada sistem Battle Royale dan MMR baru akan ditetapkan. 

Perubahan peta World’s Edge

Mengenai Battle Royale, perubahan dilakukan pada peta World’s Edge menjelang Emergence. Sorting Factory, Refinery dan Train Yard akan diganti dengan titik lebih besar dan pelbagai perubahan baru ditambah untuk memberikan permainan yang lebih dinamik 

Kemaskini baru dan musim baru Emergence ini akan muncul di Apex Legends pada 3 Ogoso 2021. 

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI

RELATED NEWS

+