diacah untuk terjun masuk dalam Apex Legends. Hari ini, EA baru mengumumkan  hero, peta dan senjata baru sempena musim ketiga Battle Pass."> diacah untuk terjun masuk dalam Apex Legends. Hari ini, EA baru mengumumkan  hero, peta dan senjata baru sempena musim ketiga Battle Pass." /> diacah untuk terjun masuk dalam Apex Legends. Hari ini, EA baru mengumumkan  hero, peta dan senjata baru sempena musim ketiga Battle Pass." />

Apex Legends: Hero Baru Crypto & Musim Ketiga Battle Pass Diumumkan

Crypto sudah lama diacah untuk terjun masuk dalam Apex Legends. Hari ini, EA baru mengumumkan  hero, peta dan senjata baru sempena musim ketiga Battle Pass.

Saksikan trailer terbaru musim ketiga Apex Legends menampilkan Crypto buat pertama kali di bawah:

Walaupun tiada cara permainan Crypto diperlihatkan, Crypto ialah seorang penggodam yang boleh mengawal dron jauh daripada hingar-bingar pertempuran. 

Dalam trailer yang sama, Crypto juga memantau sistem perlawanan Apex Legends sambil bertikam lidah dan sering mencabar satu sama lain dengan Mirage.

Apex Legends menampilkan peta terbaru iaitu berbeza dengan kawasan gunung ganang King’s Canyon. Dari sudut udara, peta baru menampilkan menara besar di tengah-tengah kawasan bersalji dan terdapat juga kawasan penuh lahar gunung berapi.

Musim ketiga Battle Pass turut memperkenalkan lebih daripada 100 barangan eksklusif termasuk kostum Legendary, Apex Packs, senjata baru Charge Rifle dan siri kedua Ranked Mode.

Crypto dan musim ketiga Battle Pass bakal hadir dalam Apex Legends pada 2 Oktober 2019 di PC, PS4 dan Xbox One.

RELATED NEWS

+