Apex Legends: Hoverbikes Mungkin Akan Diperkenalkan – Mengikut Info Tertiris Ini

Dengan lebih 25 juta pemain dalam masa seminggu, Apex Legends terus mempertingkatkan jumlah pemainnya.

Respawn Entertainment juga mempunyai perancangan lain untuk menambah ke dalam ciri battle royale ini termasuklah hoverbike mengikut data yang tertiris ini.

Info tertiris di atas dari Twitter @ApexGameInfo yang menunjukkan jenis kenderaan akan hadir tak lama lagi. 

Walaupun hoverbike nampak cool dan awesome gitu tapi ada juga pemain yang kurang gemar dengannya kerana peta Apex Legends yang lebih kecil berbanding Fortnite.

Bagaimanapun, Respawn masih terbuka dengan pelbagai cadangan dan hoverbike ini mungkin salah satu respons dari pemain yang mencadangkan ciri baru. Mungkin Respawn mempunyai cara mereka tersendiri untuk memasukkan ciri kenderaan ini.

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+