Apex Legends: Info Karakter Baru, Prophet Tertiris

Respawn Entertainment, pembangun untuk Apex Legends memang giat memberikan kandungan baru kepada peminat.

Mengikut info tertiris baru-baru ini, mereka mungkin akan umumkan karakter baru iaitu Prophet

Operasi datamining menunjukkan ada fail yang menunjukkan kepada kemahiran dimiliki Prophet dalam permainan Battle Royale itu.

Ia dipanggil “Precog” dan fail itu itu menunjukkan ia adalah elemen berada dalam HUD. Kalau ia bermaksud Precognition, ini mungkin satu kemahiran berteknologi canggih yang agak hebat.

Pengguna datamining ini biasanya mencari info-info yang belum lagi diumum secara rasmi contohnya macam senjata baru, mod ranked baru dan banyak lagi.

Selain Prophet, Octane adalah Legends yang mempunyai Stimpack untuk pertingkat kadar recovery, kelajuan dan banyak lagi.

Wattson pula dikatakan mempunyai perangkap Tesla yang pastinya akan mengganggu musuh dengan komponen elektrik.

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+