Respawn mengumumkan acara khas untuk Apex Legends bermula pada 15 Oktober sehingga 5 November."> Respawn mengumumkan acara khas untuk Apex Legends bermula pada 15 Oktober sehingga 5 November." /> Respawn mengumumkan acara khas untuk Apex Legends bermula pada 15 Oktober sehingga 5 November." />

Apex Legends Kembali Ke King’s Canyon Untuk Acara Halloween, Fight or Fright

Sempena sambutan Halloween sepanjang bulan Oktober ini, Respawn mengumumkan acara khas untuk Apex Legends bermula pada 15 Oktober sehingga 5 November.

Acara edisi terhad Fight or Fright menampilkan suasana malam King’s Canyon, loot percuma eksklusif untuk cabaran acara, kostum khas dan banyak lagi.

Zombi di King’s Canyon

Kostum Caustic, Gibraltar, Crypto

Dalam mod Shadowfall, seramai 34 pemain solo termasuk korang akan terjun masuk ke dalam kawasan King’s Canyon yang gelap dan bertarung sehingga mati tetapi bukan untuk selama-lamanya. Korang akan dihidup kembali sebagai zombi untuk Shadow Squad.

Korang tidak boleh gunakan senjata dan kebolehan Legend dan Ultimate masing-masing tetapi korang bergerak lebih laju dan lompat lebih tinggi serta tumbukan jarak dekat (melee attack) lebih brutal. Korang juga boleh memanjat dinding dan dapat hidup kembali tanpa had melalui skydive

Shadow Squad ini akan bertempur dengan 10 Legend yang masih lagi hidup. Legend yang hidup kena bekerjasama untuk pergi ke kapal evac sebelum Shadow Squad mencabut nyawa Legend.

Kostum baru

Cabaran harian Fight or Fright

Sepanjang acara Fight or Fright, korang berpeluang untuk dapatkan kostum eksklusif, badge dan pek muzik dengan menyelesaikan cabaran.

Terdapat 24 barangan eksklusif Fight or Fright ditawarkan dan korang boleh dapatkan melalui tiga cara ini:

  1. Pembelian terus – barangan Legendary berharga 1,800 Apex Coins manakala Epic berharga 1,000 Apex Coins
  2. Crafting – barangan Legendary bernilai 2,400 Crafting Metals manakala Epic bernilai 800 Crafting Metals
  3. Event Apex Packs – korang boleh beli lootbox berharga 700 Apex Coins dan pemain akan dapat barangan bukan dari acara Fight or Fright dalam lootbox ini.

Kalau korang dapat mengumpul semua 24 koleksi pek Fight or Fright semasa acara berlangsung, korang akan dapat set Lifeline Heirloom secara percuma. 

Kebarangkalian untuk setiap barangan dalam Event Apex Packs

XP dua kali ganda

Pemain akan menerima XP dua kali ganda untuk Top 5 dan Wins bermula pada pukul 1 pagi, 26 Oktober sehingga pukul 1 pagi, 29 Oktober

Apex Legends boleh dimainkan secara percuma sekarang di PC, PS4 dan Xbox One.

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+