Apex Legends: Lelaki Kudung Satu Tangan Ini Berjaya Memenangi Perlawanan Pertama Kali!

Kalau kudung sebelah tangan, macam mana nak menang main game, lagi-lagi FPS yang memerlukan sasaran tepat?

Ia tak mustahil kerana seorang pemain Apex Legends yang juga streamer di Twitch ini berjaya menang perlawanan dengan menggunakan satu tangan dan satu kaki selepas bermain untuk beberapa hari.

“ToeYouUp” adalah veteran yang berkhidmat untuk U.S Marines yang kehilangan sebelah tangannya dalam kemalangan motorsikal pada usia 24 tahun. Tapi itu tak menghalang beliau untuk bermain Apex Legends dan Battlefield V.

Kalau korang perhatikan klip di bawah, menunjukkan Toe sedang bermain Apex Legends bersama ahli skuadnya yang lain dan berjaya melepaskan satu tembakan akhir untuk menang.

Untuk menggunakan controller DS4, beliau menggunakan kebanyakan butang dengan satu tangan dan kaki kanannya pula digunakan untuk sasar dan guna kuasa taktikal. Ia mungkin kemenangan biasa tapi cukup mengagumkan kalau korang ulang balik dan saksikan bagaimana beliau gunakan tangannya untuk menekan banyak butang.

Di subreddit, klip ini mempunyai hampir 25,000 upvotes dan ramai memuji beliau kerana kesungguhan untuk menang dan ada juga yang mencadangkan untuk mengambil controller custom PS4 yang direka khas untuk penggunaan satu tangan.

Apex Legends baru saja keluar beberapa hari jadi kalau dia teruskan bermain tak mustahil untuk menang lebih banyak game

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+