Apex Legends Mobile menang Permainan Terbaik iPhone 2022

Apple mengumumkan pemenang bagi Anugerah App Store 22 di mana Apex Legends Mobile berjaya memenangi kategori Permainan Terbaik di iPhone.

Menurut laporan Venturebeat, anugerah ini mengetengahkan 16 permainan mudah alih dan aplikasi yang mengambil kira faktor berhubung bersama rakan, meluaskan imaginasi dan berinteraksi dengan dunia dalam aplikasi.

Pemenang diadili mengikut kriteria inovasi teknologi, pengalaman pengguna dan rekaan.

Apex Legends Mobile diinspirasikan dari permainan asal di konsol dan PC namun ia adalah produk yang berlainan. Namun, perbezaan jelas ketara dari segi pengalaman permainan apabila kawalan untuk fungsi sentuh diintegrasikan dengan baik.

Mereka juga memperkenalkan Legends yang hanya eksklusif di peranti mudah alih sahaja.

Dihasilkan oleh Respawn dan dibantu oleh Tencent, Apex Mobile nyata mnambat hati peminat genre Battle Royale yang mencari kelainan dari PUBGM dan Free Fire.

Sumber: VentureBeat

RELATED NEWS

+