Apex Legends musim ke-11 mungkin membawa peta baru, mod baru

Peminat Apex Legends pasti tahu bahawa musim ke-10 permainan itu bakal tamat tidak lama lagi. 

Musim Apex Legends biasanya berlangsung selama tiga bulan yang membolehkan pemain meneroka kandungan baru dan Legends baru yang dikeluarkan.

Musim ke-10 Apex Legends dilancarkan pada 3 Ogos lalu dan jika menurut kebiasaan tempoh sesuatu musim, pemain bakal menerima musim ke-11 sekitar awal November.

Walaupun tidak ada tarikh atau waktu pelancaran rasmi yang diberikan oleh Respawn, Apex Legends musim ke-11 dijangka akan dilancarkan pada jam 1AM, 4 November ini (GMT+8) berdasarkan pelancaran musim-musim sebelumnya.

Namun, semua ini tertakluk kepada sebarang kelewatan dalam pengembangan atau penukaran tarikh untuk pelancaran oleh Respawn.

Pada setiap musim Apex Legends baru, pemain boleh mengharapkan Legend baru serta lokasi baru. Pelombong data sudah menemui kod yang merujuk pada nama ‘Maali’ dan peta ‘Tropic Island’ yang bakal hadir.

Legend Baru ‘Maali’

Dalam sebuah video yang disiarkan oleh Garret,  seorang pelombong data, pada 16 September, beliau memperincikan kod yang merujuk nama Maali bersama dengan skil meningkatkan damage. ‘Satu perkara yang dapat kita ambil dari ini adalah Legend berikutnya akan disebut Maali’, kata Garret. ‘Ini juga sama dengan Tropic Island, kerana kedengaran seperti sedikit nama tropikal’.

 

Gambar dari Garret

Mod Baru?

Selain itu, musim ke-11 ini juga mungkin akan hadir dengan mod Arena 4v4 dan 5v5 seperti dilihat dalam kod dibawah.

 

Gambar dari Garret

Namun, Respawn belum melancarkan apa-apa video acah atau treler yang mengumumkan ciri-ciri baru ini. Mungkin video-video itu akan dilancarkan tidak lama lagi, ataupun tidak dilancarkan terus.

RELATED NEWS

+