Apex Legends: Battle Pass Akan Dilancarkan Mac Ini

Apex Legends akan mencontohi perancangan kandungan (content) yang dibuat oleh Fortnite.

Respawn Entertainment dah pun mempunyai perancangan untuk jangka masa setahun bagi kandungan dalam Apex. Ia dibahagikan kepada empat musim yang mana setiap satu berjalan selama tiga bulan. Musim pertama dikatakan akan bermula pada Mac ini dengan pelancaran battle pass pertama.

Namun, tiada harga lagi diumum untuk kandungan ini tapi Respawn juga menjanjikan Legends yang membelinya tidak akan memberi kesan kepada keseimbangan permainan ini. Kiranya balance lah.

Musim kedua pula akan bermula pada Jun. Apa yang menarik adalah setiap musim akan membawakan Legends, senjata dan loot baru. Bagi yang membeli pass, mereka juga akan menerima kosmetik baru.

Respawn juga ingin menjadikan Apex Legends kekal relevan untuk 10 tahun dan akan terus memperkenalkan senjata serta peta baru.

Sumber: VG247

RELATED NEWS

+