Apex Legends: Respawn Ban 16,000 Pemain Sejak Dari Pelancaran Rasmi

Apex Legends telah ban lebih daripada 16,000 pemain yang melakukan kesalahan menipu sejak game ini dilancarkan secara rasmi pada 5 Februari lepas dan merancang untuk memperkasakan sistem laporan secara langsung dalam game.

Ini mungkin mengundang pelbagai cabaran kerana game battle royale ini masih lagi belum melaksanakan sistem laporan yang boleh dibuat secara terus dalam game seperti dalam kebanyakkan game online lain bagi menghalang penipu dan hacker.

Buat masa sekarang, pemain Apex Legends boleh membuat laporan berkenaan mana-mana isu yang mengganggu permainan melalui laman sesawang ini untuk menjejaki penipu dalam game bersertakan bukti penipuan dengan gambar ataupun video. Kalau korang terlepas kedua-dua bahan bukti ini, berikan sahaja nama suspek Origin ID (untuk PC), Gamertag (untuk Xbox One) dan PSN ID (untuk PlayStation 4) supaya pembangun boleh menggantung akaun buat sementara waktu dan lancarkan siasatan.

Pengurus komuniti Apex Legends telah mendengar keluhan ramai pemain dan berkata idea sistem laporan secara langsung ini adalah “satu idea yang bernas”.

Selain itu, pelbagai info dikongsikan bersama Reddit berkenaan masa depan Apex Legends yang telah mengumpul 25 juta pemain pada minggu pertama pelancaran. Respawn akan meneruskan sikap terbuka terhadap pemain dengan berkongsi apa-apa maklumat bersama komuniti Reddit dan juga tengah mengusahakan siaran langsung (livestream) pembangun pertama selari dengan musim pertama menjelang pada 1 Mac.

Sumber: Polygon

Daftar sekarang untuk kejohanan e-sukan kampus terbesar di Malaysia! Ada game Mobile Legends, PES 2019 dan Dota 2, khas untuk pelajar universiti sahaja! 

KLIK LINK INI UNTUK MENDAFTAR.

Info lanjut, layari laman web ini dan Facebook kami.

RELATED NEWS

+