Reddit."> Reddit." /> Reddit." />

Apex Legends: Respawn Berjaya Haramkan 770,000 Pemain Sejak Dari Pelancaran Rasmi

Respawn mengumumkan seramai 770,000 pemain telah diharamkan daripada bermain Apex Legends menurut satu pos rasmi oleh pasukan pembangun di Reddit.

Respawn menjalin kerjasama daripada pelbagai pihak seperti EA Security and Fraud, Origin, pembangun daripada EA DICE, EA Vancouver dan EA Capital Games termasuk penggunaan Easy-Anti-Cheat bagi membendung gejala cheating ini.

Menurut Respawn, mereka telah menghalang lebih daripada 300,000 akaun palsu dan mengharamkan 4,000 penjual akaun dalam masa 20 hari lalu.

Beberapa bulan lalu, Respawn telah lancarkan perang terhadap cheaters atau spammers dengan mengharamkan 355,000 pemain di PC. Kini, hampir kesemua perlawanan berjaya dibebaskan daripada cheaters yang menganggu keseronokan bermain game battle royale ini. 

Peningkatan pengharaman yang drastik daripada 355,000 sehingga 770,000 pemain dalam beberapa bulan agak dahsyat kerana Apex Legends baru sahaja dilancarkan pada tahun ini. Jika nak dibandingkan, PUBG juga telah mengharamkan kira-kira 13  juta pemain pada Jun tahun lepas. Fuh.

RELATED NEWS

+