Apex Legends: Restoren Makanan Segera Terkenal Dihentam Kerana Mahukan Kandungan Baru Dalam Game

Dalam dunia yang pesat dengan penggunaan Internet, hampir kesemua jenama daripada produk kosmetik sehinggalah ke makanan segera menggunakan media sosial untuk berinteraksi secara terus bersama-sama pelanggan dan pengguna berpotensi.

Namun, korang mesti tertanya-tanya, apa kena mengena pula dengan jenama syarikat gergasi beri pendapat tentang permainan video?  Buat pengetahuan korang, KFC mempunyai satu akaun Twitter rasmi diberi nama sebagai ‘KFC Gaming‘ khas untuk menghasilkan meme atau pos tentang game popular dan relevan untuk semua pemain.

Ada apa KFC dengan Apex Legends?

Dalam satu pos oleh KFC Gaming, mereka memaparkan satu gambar meme yang menandakan Apex Legends adalah sebuah game telah ‘mati’. Ia menggambarkan seorang lembaga mencucuk logo Apex Legends dengan ayat berkata: “Come on, do something” atau “cepatlah berbuat sesuatu” seperti tertera di bawah.

Berikutan ini, rata-rata pemain menghentam pos ini dengan deretan pos gambar “Silence, brand” manakala ini juga mengundang reaksi khas oleh Respawn. “Ke hadapan jenama, kami mempunyai banyak lagi kandungan Apex Legends akan tiba tetapi ia mengambil masa agak lama. Kami tidak boleh goreng kilas, api kilas, berikan suntikan atau apa-apa sahaja dilakukan untuk hasilkan ayam goreng sedap.

“Permainan ini dihasilkan secara ‘menggunakan tangan’ dengan teknik-teknik lama. Cubalah makan ayam dahulu, kami akan berjumpa lagi,” kata pembangun Rayme Vinson secara berhemah.

Kenapa kena hentam?

Baru-baru ini, Respawn mengambil langkah proaktif untuk menghasilkan kandungan dalam game popular dengan kadar berkala atau secara bermusim seperti pelancaran Battle Pass. Ini adalah tindak balas susulan daripada laporan Polygon yang mengatakan pembangun-pembangun di Epic dikerah untuk bekerja untuk tempoh masa lama bagi hasilkan kandungan sepantas kilat dalam Fortnite.

Penerbit eksekutif Apex Legends, Drew McCoy mengutarakan isu tidak sihat ini dalam satu pos blog, “Gol jangka panjang kami adalah memastikan Apex Legends selalu berkembang maju dengan fokus terhadap kualiti kandungan dan bukan keluaran kandungan dengan jangka pantas.

“Pada masa yang sama, kami mahu mengekalkan budaya kami sebagai satu pasukan pembangun dan elakkan kerja lebih masa sehingga seseorang tiada tenaga kerana bekerja terlalu keras tanpa rehat secukupnya.”

Bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Mungkin jenama-jenama yang aktif di media sosial boleh ambil ikhtibar atas segala reaksi ini. Apa korang rasa tentang perkara ini? Kongsikan pendapat bersama kami di Facebook.

Sumber: PC Gamer

RELATED NEWS

+