Apex Legends: Selangor Memegang Rekod Jumlah Pemain Tertinggi Di Malaysia

Apex Legends tak dinafikan lagi game battle royale yang tengah trending dan giat dimainkan komuniti gaming tanah air.

Disebabkan faktor percuma dan genre battle royale yang diubah suai mengikut citarasa EA sendiri, permainan video yang dikeluarkan di PC dan konsol ini mendapat perhatian streamers mahupun pemain kasual.

Di Malaysia, komuniti Apex Legends Malaysia berjaya mendapatkan statistik mudah yang menunjukkan taburan pemain yang bermain permainan ini di setiap negeri dan nampaknya, Selangor mencatatkan rekod tertinggi!

Kredit gambar: Group FB Apex Legends Malaysia

Kalau korang perhatikan gambar di atas, Selangor mewakili 31% pemain di serata Malaysia diikuti Johor di tempat kedua dengan 15% pemain. Perlis pula merekodkan jumlah pemain yang paling sedikit dengan 1 peratus saja (mana orang Perligghh?).

Bagaimanapun, angka di atas hanya direkodkan mengikut jumlah ahli dalam group FB tersebut yang mengambil bahagian dalam poll. Ia tidak mewakili statistik rasmi taburan pemain Apex Legends di Malaysia.

Setakat artikel ini ditulis, group FB tersebut mempunyai jumlah ahli seramai 2,084 orang dan akan bertambah dari masa ke semasa. 

Korang bolehlah sertai group ini dengan melayari laman Facebook rasmi page mereka di SINI.

RELATED NEWS

+