Apex Legends versi Nintendo Switch tiba pada 9 Mac 2021

Respawn Entertainment telah mengumumkan bahawa Apex Legends versi Nintendo Switch akan dilancarkan pada 9 Mac tahun ini. Sama seperti di konsol dan platform lain, ia akan dilancarkan secara percuma.

Versi ini akan menyokong permainan rentas platform untuk membenarkan pemain-pemain Switch bermain dengan pemain konsol lain dan PC. Ia juga akan hadir bersama kandungan bermusim terkini (Musim 8), dan semua ciri-ciri yang tersedia di versi PlayStation, Xbox, dan PC.

Pemain Apex Legends di Nintendo Switch akan menerima 30 level percuma dalam Season 8 Battle Pass. Mereka juga mendapat bonus XP dua kali ganda pada dua minggu pertama selepas permainan ini dilancarkan.

Ini merupakan kali pertama Apex Legends muncul di sebuah konsol mudah alih. Penulis berharap ia boleh dimain pada tahap yang memuaskan dan membolehkan lebih ramai pemain menikmati permainan battle royale ini.

Sumber: Electronic Arts

RELATED NEWS

+