Appxplore umumkan kandungan baru Masketeers: Idle Has Fallen

Appxplore mengumumkan kandungan baru untuk permainan strategi, Masketeers: Idle Has Fallen.

Di dalam Masketeers: Idle Has Fallen, pemain akan diberikan topeng kuasa untuk menjadi Masketeers dan menewaskan Wraiths yang sering menyebar emosi negatif. 

Pemain perlu menetapkan strategi pasukan, tingkatkan skill dan buka kebolehan terpendam setiap Masketeer.

Kemaskini akan datang, akan membawa dua ciri baru iaitu, Guilds dan Sigils. Pemain akan boleh sertai guild atau membentuk satu pasukan bagi menentang kuasa jahat.

Berbual bersama ahli guilds dengan emote yang comel dan sumbangkan Masks untuk membuka Guild Buffs berkuasa dan perolehi Sigil Resins. Bersama, ahli Guilds boleh membuka Sigils untuk tingkatkan kuasa Masks mereka.

Masketeers: Idle Has Fallen kini tersedia di platform iOS dan Android.

Untuk maklumat lanjut layari laman rasmi Appxplore di SINI.

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI.

RELATED NEWS

+