Aquaman Menewaskan Wonder Woman, Mungkin Boleh Raih Kutipan Lebih RM4.14 Billion

Siapa yang boleh tewaskan Wonder Woman? 

Tiada siapa kecuali rakan seperjuangannya dalam komik DC iaitu Aquaman. Mengikut laporan box office terbaru, Aquaman melepasi kutipan Wonder Woman di global box office, mencatatkan lebih USD822 juta berbanding Wonder Woman (USD821.8 juta).

Aquaman meraih USD51.55 juta secara domestik pada minggu kedua, menambah kutipan di Amerika Syarikat hingga lebih USD188 juta.

Filem yang mengisahkan anak kacukan manusia dan Queen of Atlantis ini kini berada di kedudukan kedua dalam keuntungan antara filem DC Extended Universe lain, hanya di belakang Batman v Superman: Dawn of Justice.

Mungkin Aquaman akan menjadi filem DC ketiga raih lebih USD1 billion, sama seperti The Dark Knight (2008) dan The Dark Knight Rises (2012).

Sumber: CNET

RELATED NEWS

+