Arcane di Among Us?

Tiga episod Arcane Act 1 kini sudah ditayangkan di Netflix. Tetapi acara RiotX Arcane masih lagi diteruskan sehingga 30 November ini dengan membawakan pelbagai kandungan dalam permainan buat pelbagai permainan selain portfolio Riot. 

Sebelum ini mereka sudah membawakan Arcane ke Fortnite dan PUBG Mobile. Namun, melalui treler terbaru Progress Day Riot X Arcane, mereka dijangka akan membawa juga Arcane ke Among Us.

Melalui treler itu, ia juga menunjukkan Riot akan membawa kandungan dalam permainan untuk Among Us yang juga aksesori bertemakan Arcane. 

Buat masa ini, pihak Riot masih lagi belum mendedahkan sepenuhnya mengenai kolaborasi ini dan tarikh pelancarannya juga masih belum diumumkan.

Progress Day adalah sebuah acara khas sempena RiotX Arcane dianjurkan sepanjang 7 hingga 13 November sebelum tayangan Arcane Act 2 pada 14 November ini. Pelbagai ganjaran menarik yang boleh ditebus di dalam setiap permainan Riot dan di had Riot X Arcane

Sumber: Dot Esports.

RELATED NEWS

+