Arcane Musim Kedua adalah yang terakhir, bakal ditayangkan November ini

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Berita baik buat peminat Arcane kerana siri popular berdasarkan dunia League of Legends itu akan mula ditayangkan pada November ini untuk musim keduanya.

Namun, ada berita buruk juga kerana ia adalah musim terakhir. Bagaimanapun, Pencipta Bersama siri Arcane, Christian Linke mengatakan ini bukanlah yang terakhir untuk League dan Runeterra.

“Arcane hanyalah permulaan untuk kembara penceritaan kami dan kerjasama dengan studio animasi iaitu Fortiche,” kata Christian dalam satu kenyataan.

Dia berkata, sejak dulunya mereka sudah memikirkan pengakhiran penceritaan untuk Arcane di musim kedua. Namun, Arcane adalah yang pertama dalam banyak-banyak penceritaan untuk Runeterra masih belum lagi diteroka.

Arcane yang menceritakan kisah dua beradik, Jinx dan Vi sangat menyentuh hati ramai peminat dan golongan yang tidak pernah main League of Legends. Ia memenangi empat Emmys termasuk pujian untuk animasinya, soundtrack dan penceritaan kompleks.

Hailee Steinfeld dan Ella Purnell masing-masing melakonkan alih suara untuk watak Vi dan Jinx. Musim kedua menyambung dari babak serangan Jinx dan Piltover yang mengerahkan jinx ditangkap. Ia akan ditayangkan di Netflix.

Video lengkap:

RELATED NEWS

+