Arena of Valor Boleh Dimainkan Di Switch Bermula 28 Jun – Daftar Beta Tertutup Sekarang

Arena of Valor kini boleh dimainkan di Nintendo Switch! Bila? Bermula 28 Jun ini.

Berita baik ini diumumkan oleh Tencent Games, syarikat China yang mendominasi industri gaming terutamanya mobile gaming. Mereka mengumumkannya di E3 2018 dan merancang untuk membuat sedikit perubahan kepada versi di Switch ini sebelum pelancarannya dalam beberapa bulan lagi.

Tencent dah pun mengadakan beta tertutup di Eropah awal tahun ini dan menerima reaksi pemain yang ingin penambah baikan grafik dan antaramuka sebelum melancarkan beta baru ini, terbuka untuk Eropah dan Amerika Utara tapi ia dikatakan bersifat terbuka kepada semua.

Mereka juga mengeluarkan trailer terbaru yang menunjukkan versi di Switch dengan grafik ditambah baik. Di sini, Arena of Valor dilancarkan di iOS dan Android di peranti pintar oleh Garena dan juga mempunyai acara e-sukan diadakan di peringkat nasional.

Pemain boleh memilih untuk mendapat akses selama dua minggu bermula 28 Jun hingga 12 Julai. Mereka juga akan mendapat skin eksklusif untuk Krixi. Kalau korang nak daftar untuk beta tertutup ini, boleh klik SINI.

Sumber: Variety 

RELATED NEWS

+