Arena Of Valor: M8HEXA Menerima Jemputan Terus Ke Kejohanan ESL MSP

Syarikat e-sukan terkemuka, ESL Asia akan menganjurkan buat pertama kalinya Kejohanan ESL MSP untuk Arena of Valor sepanjang Ogos dan September ini dengan kerjasama Garena.

Ia akan menampilkan 8 skuad AOV terbaik Malaysia, Singapura dan Filipina yang mana mereka akan merebut hadiah terkumpul RM41,000 dan menjadi wakil untuk ke Kejohanan Antarabangsa Arena of Valor (AIC) 2019.

Mengikut format, ia akan mempunyai dua pasukan jemputan dan enam pasukan lain perlu melalui pusingan kelayakan terbuka. Dua pasukan jemputan ini adalah finalis Valor Cup iaitu M8HEXA (Malaysia) dan Liyab Esports dari Filipina. Secara keseluruhan, tiga pusingan kelayakan terbuka akan dianjurkan dan dua pasukan teratas untuk setiap kelayakan akan terus mara ke Kejohanan ESL MP.

Ini adalah tarikh-tarikh bagi kelayakan terbuka itu dan boleh daftar di LINK INI:

  • Kelayakan pertama – 13 Ogos
  • Kelayakan kedua – 17 Ogos
  • Kelayakan ketiga – 20 Ogos

Macam mana format kejohanan ini akan diadakan?

  • Peringkat kumpulan akan dilaksanakan dalam talian.
  • 2 Kumpulan merangkumi 4 pasukan dengan format GSL yang mana 2 pasukan teratas akan ke playoffs.
  • Playoffs dimainkan selama dua hari dengan format double elimination Best of 5 dan Grand Final Best of 7. 

 4 perlawanan peringkat kumpulan akan berlangsung pada Rabu dan Ahad antara 28 Ogos & 8 SeptemberPlayoffs akan diadakan pada 21 – 22 September

Kalau korang nak saksikan secara langsung, boleh jenguk di Facebook rasmi ESL Asia dan saluran Youtube.

Kejohanan ESL MSP juga ditaja oleh Mercedes-Benz dan Yoodo.

Gambar featured image: Facebook / M8HEXA

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+