Disebalik konflik yang sedang berlaku di Palestin dan Lebanon, seorang streamer popular, Asmongold bertindak memberitahu seluruh dunia bahawa dia tiada simpati dan tidak sukakan orang Palestin.
Kenapa? Menurut Asmongold sendiri mereka adalah “orang jahat” dari bangsa yang rendah.
Asmongold on the genocide in Gaza
“I don’t give af, they’re terrible people” “They come from an inferior culture” pic.twitter.com/4kbEy0UYm2
— Hasanabi productions (meme account) (@HasanabiProd) October 14, 2024
Dia juga membuat komen mengenai undang-undang shariah yang mengatakan orang Palestin akan membuat pembunuhan beramai-ramai jika mereka mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.
Kenyataan ini sangat bercanggah dengan tindakan Israel yang sentiasa melanggar hak asasi manusia orang Palestin malah United Nations sendiri mengatakan mereka sudah berminggu-minggu tidak mendapat makanan di Utara Gaza.
“Saya tiada simpati untuk mereka,” ujar Asmongold.
Klip itu diambil dari penstriman Asmongold sendiri.
Dia juga mengatakan layanan orang LGBTQ+ terutamanya dari negara orang Islam adalah punca dia membuat komen ini.
“Anda tidak boleh memberikan kuasa orang untuk memerintah dengan agama,” ujar Asmongold.
Satu kenyataan ‘minta maaf’ juga dibuat oleh Asmongold tetapi ramai orang merasakan permohonan maaf yang dibuat olehnya tidak ikhlas selepas apa yang dia katakan sebelum ini.
Looking back on it, I was way too much of an asshole about the Palestine thing
My bad
Of course no one deserves to have their life destroyed even if they do things or have views I find regressive
You guys deserve more than me saying stupid shit like that, I’ll do better
— Zack (@Asmongold) October 15, 2024
Klip itu menerima kutukan berat dari ramai orang dan beberapa akaun mengatakan permohonan maaf ini dibuat kerana Asmongold dan OTK risau akan hubungan mereka dengan penaja.
Asmongold membuat penstriman ini di saluran lain iaitu zackrawrr dan kini bakal berdebat dengan Hasan Piker mengenai topik Palestin.
Kedua-dua akaun Asmongold dan akaun kecil ini masih tidak dikenakan tindakan oleh Twitch.