Assassin’s Creed Odyssey Membawakan Pertempuran Laut Yang Baru

Perlawanan kapal perang dah jadi sebahagian dari permainan Assassin’s Creed untuk beberapa tahun lepas dengan Black Flag dan Rogue punya tema lanun. 

Untuk Odyssey, Ubisoft juga menggunakan konsep yang sama dengan tema tamadun Greek purba.

Dalam temubual bersama IGN, Pengarah permainan, Scott Philips memberitahu beberapa perubahan yang dibuat kali ni.

“Kami rasa ini adalah masanya untuk membawa kembali sesuatu yang dirindui peminat dalam versi sebelum-sebelum ini. Kami mereka kembali konsep ini untuk menyokong konsep dunia terbuka,”

Kapal yang korang kawal, Adrestia (untuk Alexios dan Kassandra) boleh diubah kelajuannya dan menembak pada kadar kelajuan berlainan. “Kami tahu ia sangat berbeza dengan kapal lanun pada kurun ke 17 jadi kami ubah sedikit mekanismenya,” 

Berbeza dengan membeli jenis ammunition, kali ini korang ada penambahan damage dengan bantuan sistem Adrenaline. Contohnya, kalau korang mengenakan damage pada sebuah kapal, akan ada pilihan serangan lain untuk digunakan; seperti membaling javelins berapi dan menggunakan brazier (arang batu) untuk jarak dekat. 

Korang juga boleh merempuh kapal. “Ia seperti Fast and Furious. Ia bukanlah betul-betul macam itu tapi menggambarkan macam mana manusia pada zaman itu berperang dan kami cuba memberi gambaran tepat,”

Alexios dan Kassandra mempunyai pilihan untuk memanggil liutenants. Korang boleh yakinkan mereka dengan cara perundingan ataupun mengalahkan mereka untuk menyertai korang.

“Kami nak pastikan anda bukan keseorangan dan boleh rekrut kru yang baru untuk membantu kembara anda. Kebanyakan NPC yang dijumpai boleh direkrut, bergantung pada stats dan akan membantu menguruskan kapal,”

Korang boleh saksikan video di bawah untuk sistem baru ini.

Assassin’s Creed Odyssey akan dilancarkan pada 5 Oktober di Xbox One, PlayStation 4 dan PC.

RELATED NEWS

+