Assassin’s Creed Odyssey terima sokongan 60 FPS di PS5 dan Xbox Series X/S

Assassin’s Creed Odyssey kini secara rasmi menerima sokongan 60 FPS di PlayStation 5 dan Xbox Series X/S melalui keserasian ke belakang pada 24 Ogos.

Ubisoft berkongsi berita ini melalui Twitter mereka, mendedahkan ia akan menjadi sebahagian daripada Title Update 1.6.0 Assassin’s Creed Odyssey. Ini adalah penambahan bagi mereka yang memiliki konsol generasi baru kerana tiada Assassin’s Creed Odyssey yang dilancarkan untuk PS5 atau Xbox Series X/S.

Penambahan sokongan 60 FPS ini merupakan trend terbesar bagi generasi PS5 dan Xbox Series X/S dan ia pernah dilakukan oleh permainan Dark Souls 3 dan The Last of Us Part 2.

Dengan memberi Assassin’s Creed Odyssey 60 FPS, ia bagus untuk peminat yang ingin kembali ke permainan ini atau bagi mereka yang ingin merasai pengalamannya buat kali pertama dan bersedia untuk Assassin’s Creed Infinity.

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI

RELATED NEWS

+