Assassin’s Creed: Origins percuma di PC pada hujung minggu ini

Assassin’s Creed: Origins dilancarkan pada tahun 2017 dan ia merupakan judul Assassin’s Creed pertama yang menggunakan sistem role-playing game (RPG) yang lebih agresif berbanding judul-judul sebelumnya.

Para pemain PC yang belum pernah mencuba Assassin’s Creed: Origins berpeluang untuk main judul tersebut secara percuma bermula esok jam 9 malam sehingga 22 Jun 4 pagi mengikut waktu Malaysia.

Anda hanya perlu mempunyai akaun Ubisoft dan menggunakan aplikasi Uplay untuk menyertai tawaran percuma ini. Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk laman web rasmi Ubisoft.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+