Assassin’s Creed Valhalla akan dilancarkan pada 10 November kecuali untuk PS5

Ubisoft telah mengumumkan bahawa tarikh pelancaran Assassin’s Creed Valhalla diubah dari 17 November ke 10 November tahun ini. Ia akan dilancarkan di PC, PlayStation 4 (PS4), Xbox One, Xbox Series, dan Google Stadia.

Pembaca semestinya telah perasan bahawa konsol PlayStation 5 (PS5) tidak disenaraikan. Ini bermaksud versi PS5 akan dilancarkan pada tarikh berbeza. Penulis merasakan keputusan ini dibuat kerana tarikh pelancaran PS5 belum diumumkan.

Mereka yang membeli Assassin’s Creed Valhalla untuk Xbox One akan menerima naik taraf percuma ke versi Xbox Series X atau S. Untuk pemain PS4 pula, mereka juga boleh naik taraf ke versi PS5 secara percuma.

Ubisoft juga telah mengesahkan bahawa Assassin’s Creed Valhalla boleh dimainkan pada resolusi 4K dan kadar bingkai 60FPS di konsol Xbox Series X. Persoalannya sekarang adakah ia boleh dimainkan pada prestasi yang sama di PS5?

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+