Assassin’s Creed Valhalla akan dilancarkan pada 17 November

Ubisoft telah mengumumkan bahawa Assassin’s Creed Valhalla akan dilancarkan pada 17 November tahun ini di PC (Epic Games Store dan Uplay), PlayStation 4 (PS4), Xbox One, dan Google Stadia. Versi PlayStation 5 (PS5) dan Xbox Series X akan tiba pada masa depan.

Sebuah trailer baharu judul tersebut dipertunjukkan di acara pembentangan digital Ubisoft Forward dan kali ini, ia mempertunjukkan pelbagai aspek permainan. Permainannya mempunyai banyak persamaan dengan Assassin’s Creed Odyssey.

Bagi mereka yang merancang untuk membeli judul ini di PS4 dan Xbox One, anda tidak perlu risau. Anda boleh naik taraf ke versi PS5 dan Xbox Series X secara percuma jika anda membeli konsol-konsol tersebut.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+