Assassin’s Creed Valhalla kini menjadi pelancaran terbesar dalam francais Assassin’s Creed

Pasaran permainan video masih mencatatkan kejayaan konsisten dalam situasi pandemik terkini dan salah satu bukti perkara ini ialah populariti Assassin’s Creed Valhalla. Permainan terbaru daripada Ubisoft itu kini telah mencapai jualan minggu pertama tertinggi dalam sejarah francais Assassin’s Creed.

Berita ini dikongsikan oleh Ubisoft melalui sebuah hebahan berita yang juga menyatakan Assassin’s Creed Valhalla ialah pelancaran permainan PC paling laris dalam katalog PC mereka. Satu lagi perkongisan menarik ialah permainan tersebut mencatat dua kali ganda bilangan pemain Assassin’s Creed Odyssey pada minggu pertama.

Penulis yakin salah satu faktor besar kejayaan permainan ini adalah kerana ia dilancarkan pada waktu yang sama dengan konsol-konsol generasi baharu. Pembaca juga harus ingat bahawa Cyberpunk 2077 sepatutnya dilancarkan pada bulan ini. Mungkin ramai peminat Cyberpunk 2077 membeli Assassin’s Creed Valhalla untuk mengubati kekecewaan mereka.

Kami di MyGameOn juga berpeluang mengulas Assassin’s Creed Valhalla. Baca ulasan tersebut di sini.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+