ASUS ROG Phone 5 – Snapdragon 888, skrin 144 Hz, berharga RM2,999

Penantian untuk edisi kelima ASUS ROG Phone kini berakhir!

ASUS ROG Phone 5 (bermula dengan harga RM2,999) dikuasakan oleh cip pemprosesan Snapdragon 888  dengan skrin 144 Hz. Selain itu, ia mempunyai kapasiti bateri begitu besar (6,000 mAh) dan didatangkan dengan 65-watt HyperCharger adapter.

Paparan peranti ini kelihatan futuristik dengan konsep matrix yang hanya terdapat pada ROG Phone 5 Pro dan ROG Phone 5 Ultimate. Ia menunjukkan animasi bergantung kepada sesi permainan yang berubah-ubah.

ASUS juga mengatakan kehebatan GPU melebihi 35% di peranti kali ini. Ia membolehkan permainan mudah alih dimainkan dengan tetapan grafik maksima dan lancar.

Ia juga merupakan peranti pintar pertama menggunakan 18GB LPDDR5 RAM.

Anda boleh pra-tempah di kedai terpilih di LINK ini dan dapatkan Kunai 3 Gamepad secara percuma (harga asal RM499)!

Ia dijadualkan untuk dilancarkan di pasaran Malaysia pada April dan Mei ini.

RELATED NEWS

+