ASWARA anjur Folklore Game Jam selama 48 jam

Fakulti Animasi dan Multimedia dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) baru-baru ini telah menganjurkan acara game jam selama 48 jam bertemakan cerita rakyat dan wira-wirawati negara.

Malaysian Academy of Arts ASWARA Highlights Local Culture with 48-Hour  Folklore Game Jam

Game Jam adalah pertandingan di mana sekumpulan pengaturcara (programmers) mesti mencipta permainan video yang boleh dimain dalam jangka masa yang diberi.

Sama seperti hackathon, game jam merupakan satu cara terbaik untuk pencipta permainan video membina sesuatu yang seronok dengan cara paling efisyen.

Tema kali ini ialah srikandi dimana peserta perlu mencari inspirasi dari cerita-cerita dahulu kala yang ada di Malaysia dan Asia Tenggara.

Peserta juga disyorkan untuk menjaga menceritaan permainan video itu tanpa pengaruh dunia barat.

Pertandingan 48 Jam ini bermula 29 sehingga 31 Julai lepas dengan pemenangnya akan medapat RM2000 mengikut empat kategori iaitu Seni Visual Terbaik, Penceritaan Terbaik, Innovasi Terbaik dan Rekaan Permainan Video Terbaik.

https://lh6.googleusercontent.com/zFl2ANU1ncfMZYo74t1zpKWu2g2CjvJIEMeMWxfcJdC26GceOlFySuN2H0D6OAURPLB6A1KuNPNLapZy4m6MU1Q8lkzXVRhHymU-wYcqQj_5D-NdDfkZfoYimpTWffDdaBq4lX1EBF6OYgDcr-gcdzQ

Terdapat 9 permainan video yang dikeluarkan ketika game jam tersebut yang mengambil wirawati dari karya berbeza.

https://lh5.googleusercontent.com/qIo-pxWldVtRKnxOjVYrKBM2xpfpq7JJb4QOsrv68-v57auEn-ilHY_P00FnsLATUgHnAIT2ej5Urk-qWqKTdad43vZVsYzn7s6tUoV-OAOatEpzAwcyPbepxw7pZI7A7jAZe4EQRWPyxyVqzILTdj8

Bermula dari Puteri Waling Sari dari Inderapura kuno sehingga lagenda Sabah Okong Srikandi Sungai.

Permainan video yang ditunjukkan banyak membawa cerita rakyat dan juga genre yang berbeza-beza.

Juara-juara ASWARA Game Jam:

Rekaan Permainan Video Terbaik: Dendam Puteri

Seni Visual Terbaik: The Backup Warrior

Penceritaan Terbaik: Bravery

Innovasi Terbaik: A Queen’s Devotion

Saguhati:

Walinong Sari

Anita

Okong Tales

Puteri Bulan

Dagger: The Fire in Tun Fatimah

Ada yang menggunakan first-person dan ada juga yang membuat platformer.

Initiatif dari ASWARA ini perlu diteruskan untuk masa hadapan bagi memupuk generasi Malaysia yang mahu berkecimpung dalam industri permainan video.

Mereka juga boleh menunjukkan bakat mereka menerusi lensa lagenda tempatan.

 

RELATED NEWS

+