Pelakon suara lagenda Atsuko Tanaka baru sahaja meninggal pada usia 61 tahun.
Pengumuman ini dibuat oleh anaknya yang juga seorang pelakon suara Hikaru Tanaka di Twitter.
Dia mengatakan ibunya sudah pergi dengan selamat pada 20 Ogos disebabkan satu penyakit yang tidak didedahkan.
いつもお世話になっている皆様へ pic.twitter.com/rfzWhMbsIl
— 田中 光(Hikaru Tanaka) (@HikaruTanaka_va) August 20, 2024
“Kepada semua orang yang menyayangi Atsuko Tanaka, dan kepada semua orang dalam industri yang pernah bekerja dengannya. Saya mewakili ibu saya ingin mengucapkan terima kasih.” ujar Hikaru.
Atsuko adalah antara pelakon suara yang sudah lama berkecimpung dalam dunia pelakon suara ini sehingga membintangi banyak rancangan, filem, dan permainan video sejak 30 tahun lepas.
Dia juga dikenali ramai sebagai Kusanagi Motoko dalam Ghost in the Shell dan pernah menjadi pelakon suara untuk Devilman Crybaby, Naruto, Trigun, Final Fantasy, Street Fighter, Lara Croft, Bayonetta dan pelbagai lagi karakter lain.