Aul akhirnya membuat kemunculan di MPL namun tewas 1-2

Kemunculan Aul ke dalam MPL MY musim kelapan sangat dinantikan oleh para peminat pasukan Homebois dan Aul sendiri. Beliau akhirnya diturunkan di dalam perlawanan pertama menentang pasukan Suhaz Esports.

Beliau bermain Wanwan di gold lane akan tetapi impak beliau di dalam pasukan itu tidak begitu besar. Pasukan Suhaz lebih mendominasi dengan hyhy yang menggunakan Claude.

Pasukan Homebois mengalami kesukaran pada perlawanan pertama dan terus diasak oleh pasukan Suhaz Esports. Mereka akhirnya tewas pada perlawanan pertama.

Perlawanan ketiga menyaksikan perlawanan terakhir selepas pasukan Homebois membawa masuk Anippp menggantikan Aul di perlawanan kedua dan muncul juara.

Kesilapan pasukan Homebois pada perlawanan ketiga selepas Anipp berjaya ditumbangkan dan disusuli dengan Chibi. Pasukan Suhaz Esports terus melakukan clean up dengan menumbangkan Vins.

Pasukan Suhaz Esports seterusnya melakukan pushing dan menamatkan permainan pada minit ke-24. Satu perlawanan yang sangat sengit untuk kedua-dua pasukan.

 

 

RELATED NEWS

+