Aul dan Makdi tak akan bermain musim ini kerana sibuk

Sudah minggu keenam Liga Profesional Mobile Legends (MPL) MY musim kesepuluh dan kelibat Aul serta Makdi belum lagi kelihatan.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by HomeBois (@homebois__)

Aul dan Makdi adalah streamer yang terkenal dalam organisasi HomeBois. Mereka mempunyai peminat yang menantikan bilakah mereka akan turun padang bermain kerana didaftarkan sebagai pemain dalam pasukan MLBB. 

Namun, pihak HomeBois mengatakan kedua-dua mereka takkan bermain kerana sibuk.

“Aul dan Makdi tidak akan bermain pada musim ini kerana mereka sedang sibuk dan tidak ada masa mengikuti latihan harian,” kata HomeBois.

MPL MY S10 sudah memasuki minggu keenam dan mempunyai dua minggu lagi sebelum menamatkan liga serta menanti pusingan playoffs.

Setakat ini, HomeBois di tempat kedua dalam kumpulan B dan mereka mempunyai peluang cerah untuk kekal ke upper bracket ketika playoffs kelak.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Malaysia (@mplmy.official)

Aul juga pernah membuat kemunculan di MPL MY S7 bagi ‘menyelamatkan’ HomeBois di minggu-minggu akhir liga tapi tidak bermain musim ini.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by HomeBois (@homebois__)

Pastinya peminat agak kecewa dengan hal ini namun mereka sudah sedia maklum HomeBois pastinya akan mempertaruhkan lineup terbaik mereka di MPL.

 

RELATED NEWS

+