Aul main untuk HomeBois tapi..

Nazirul atau Aul akan tetap bermain untuk HomeBois tapi kelibatnya mungkin tidak akan dapat dilihat secara konsisten di Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MPL) musim kelapan.

Menurut Pengurus Homebois, Tuan Azrin Izzuddin Tuan Abu Bakar atau Avaaa, Aul juga akan main pada musim liga namun masanya tidak menentu.

“Aul macam ‘angin monsun’, dia akan turun apabila dah tiba masanya,” katanya.

Foto: @Zyrulz_

Di musim terdahulu, Aul muncul pada minggu akhir liga sekali gus memberikan kemenangan kepada HomeBois dan melayakkan mereka ke playoffs. Namun, tiada kelibat Aul pula di playoffs, mencetuskan tanda tanya.

Avaaa berkata, HomeBois kini mempunyai jurulatih dan analisis dilakukan, banyak persiapan sudah dibuat menjelang MPL. Katanya, kalau ada rezeki, mereka menyasarkan untuk berada di kejohanan dunia, M3.

MPL MY musim kelapan akan memulakan musim liganya pada 13 Ogos ini, menampilkan 10 pasukan terbaik MLBB di Malaysia berentap merebut hadiah terkumpul AS$100,000 (RM420,000).

RELATED NEWS

+